Mengkaji sifat-sifat campuran

Campuran Serbuk Besi dan Sulfur (kaedah fizikal - menggunakan magnet)

 Mengkaji sifat-sifat campuran
  1. Apakah warna serbuk besi dan serbuk sulfur?
    • campuran serbuk besi dan sulfur : kuning kehitaman
  2. Adakah campuran serbuk besi dan serbuk sulfur berubah bentuk selepas digaul dengan sebati?
    • Tidak
  3. Apakah yang tertarik kepada magnet?
    •  serbuk besi
  4. Adakah tindak balas kimia berlaku antara besi dan sulfur?
    •  Tidak
  5. Bolehkah besi dan sulfur diasingkan daripada campuran tersebut?
    • Boleh
  6. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat?
    • Serbuk besi dan serbuk sulfur tidak bergabung dalam bentuk campuran.
    • Campuran ialah bahan yang terdiri daripada 2 atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal.
    • Sifat kimia bahan-bahan yang terkandung di dalam suatu campuran tidak berubah kerana tiada bahan baharu yang terbentuk.
    • Komponen -komponen dalam campuran ini boleh diasingkan dengan mudah secara fizikal.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mengkaji sifat-sifat sebatian