Bumi mengandungi pelbagai sumber yang penting untuk menyokong kesinambungan hidup. Contohnya; Air Udara Tanah Benda hidup/Hidupan Mineral Bahan Api Fosil AIR Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk glasier dan kawasan kutub. Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi (dehydration). Kepentingan air kepada manusia dan haiwan Melarutkan bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut oleh darah ke sel-sel yang memerlukan. Melarutkan bahan buangan seperti urea untuk disingkirkan dari sel-sel badan. Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37 ° C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh dan air kencing. Penyejatan peluh akan menyejukkan permukaan kulit. Mengawal kepekatan darah supaya darah mudah untuk d...