Posts

Showing posts from May, 2013

Mengkaji sifat-sifat sebatian

Image
Tindak balas serbuk besi dan sulfur (kaedah kimia - pemanasan) Mengkaji sifat-sifat Sebatian: Apakah warna bahan baharu yang terbentuk? Hitam Dapatkah anda mengecam serbuk besi dan serbuk sulfur dalam bahan baharu yang terbentuk itu? Tidak Adakah bahan baharu yang terbentuk tertarik kepada magnet? Mengapa? Tidak, kerana bahan baharu yang terbentuk  ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang berlainan daripada unsur-unsur yang membentuknya. Adakah tidak balas kimia berlaku antara besi dengan sulfur? Ya dan menghasilkan bahan baharu iaitu besi sulfida. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat? serbuk besi dan sulfur bergabung secara kimia apabila dipanaskan dan membentuk sebatian. Sebatian terbentuk daripada gabungan 2 atau lebih unsur akibat tindak balas kimia. Bahan baharu yang terbentuk mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang berlainan daripada unsur-unsur yang membentuknya Sebatian hanya dapat diurai kepada unsur-unsurnay melalui tindak balas kimia

Mengkaji sifat-sifat campuran

Image
Campuran Serbuk Besi dan Sulfur (kaedah fizikal - menggunakan magnet)  Mengkaji sifat-sifat campuran Apakah warna serbuk besi dan serbuk sulfur? campuran serbuk besi dan sulfur : kuning kehitaman Adakah campuran serbuk besi dan serbuk sulfur berubah bentuk selepas digaul dengan sebati? Tidak Apakah yang tertarik kepada magnet?  serbuk besi Adakah tindak balas kimia berlaku antara besi dan sulfur?  Tidak Bolehkah besi dan sulfur diasingkan daripada campuran tersebut? Boleh Apakah kesimpulan yang dapat anda buat? Serbuk besi dan serbuk sulfur tidak bergabung dalam bentuk campuran. Campuran ialah bahan yang terdiri daripada 2 atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal. Sifat kimia bahan-bahan yang terkandung di dalam suatu campuran tidak berubah kerana tiada bahan baharu yang terbentuk. Komponen -komponen dalam campuran ini boleh diasingkan dengan mudah secara fizikal.

Air - kenapa kita perlukannya

Image

Fakta Sebenar Tentang Keadaan Jirim Bersama Max Axiom

Kepelbagaian Sumber Di Muka Bumi

Bumi mengandungi pelbagai sumber yang penting untuk menyokong kesinambungan hidup. Contohnya; Air Udara Tanah Benda hidup/Hidupan Mineral Bahan Api Fosil AIR Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk glasier dan kawasan kutub. Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi (dehydration). Kepentingan air kepada manusia dan haiwan Melarutkan bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut oleh darah ke sel-sel yang memerlukan. Melarutkan bahan buangan   seperti urea untuk disingkirkan dari sel-sel badan. Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37 ° C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh dan air kencing. Penyejatan  peluh akan menyejukkan permukaan kulit. Mengawal kepekatan darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jant