Tindak balas serbuk besi dan sulfur (kaedah kimia - pemanasan) Mengkaji sifat-sifat Sebatian: Apakah warna bahan baharu yang terbentuk? Hitam Dapatkah anda mengecam serbuk besi dan serbuk sulfur dalam bahan baharu yang terbentuk itu? Tidak Adakah bahan baharu yang terbentuk tertarik kepada magnet? Mengapa? Tidak, kerana bahan baharu yang terbentuk ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang berlainan daripada unsur-unsur yang membentuknya. Adakah tidak balas kimia berlaku antara besi dengan sulfur? Ya dan menghasilkan bahan baharu iaitu besi sulfida. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat? serbuk besi dan sulfur bergabung secara kimia apabila dipanaskan dan membentuk sebatian. Sebatian terbentuk daripada gabungan 2 atau lebih unsur akibat tindak balas kimia. Bahan baharu yang terbentuk mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang berlainan daripada unsur-unsur yang membentuknya Sebatian hanya dapat diurai kepada unsur-unsurnay melalui tindak balas kimia
Jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Bagaimana untuk membuktikan bahawa sesuatu benda itu mempunyai jisim dan memenuhi ruang. CONTOH: udara Udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Merujuk kepada rajah di atas, dua biji belon diisi dengan udara (udara memberikan isipadu kepada belon kerana ia memenuhi ruang didalam belon). Salah satu belon dicucuk dengan jarum. Didapati bahawa rod akan cenderung ke arah belon yang masih berisi udara ( udara mempunyai jisim kerana ia memberi berat kepada belon ). Ini menunjukkan bahawa udara adalah jirim yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete