Kepelbagaian Sumber Di Muka Bumi
Bumi mengandungi pelbagai sumber yang penting untuk menyokong kesinambungan hidup. Contohnya;
TANAH DAN MINERAL
BENDA HIDUP/HIDUPAN
Kepentingan benda hidup kepada manusia
- Air
- Udara
- Tanah
- Benda hidup/Hidupan
- Mineral
- Bahan Api Fosil
- Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk glasier dan kawasan kutub.
- Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi (dehydration).
- Kepentingan air kepada manusia dan haiwan
- Melarutkan bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.
- Melarutkan bahan buangan seperti urea untuk disingkirkan dari sel-sel badan.
- Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37°C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh dan air kencing. Penyejatan peluh akan menyejukkan permukaan kulit.
- Mengawal kepekatan darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.
- Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.
- Kepentingan udara kepada manusia
- Udara mengandungi oksigen yang mana ianya penting untuk pernafasan.
- Karbon dioksida didalam udara amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi menjalankan fotosintesis yang mana ianya penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan. Ini amatlah penting bagi manusia kerana tumbuh-tumbuhan adalah sumber makanan bagi manusia.
- Oksigen juga diperlukan untuk tujuan pembakaran.
TANAH DAN MINERAL
- Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan tanah bumi dipanggil kerak (crust).
- Tanah adalah suatu campuran zarah mineral dan batu, tinggalan organisma mati, air dan udara.
- Kepentingan tanah (soil) kepada tumbuh-tumbuhan
- Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk membesar (grow). Tanpa air didalam tanah (soil), mineral tidak boleh dilarutkan (dissolve), dan ianya akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan itu terbantut (stunted).
- Akar tumbuhan memerlukan udara didalam tanah bagi menjalankan respirasi (respiration).
- Kepentingan tanah kepada haiwan
- Untuk menjalankan aktiviti penternakan dan pertanian.
- Untuk menghasilkan kraftangan daripada tanah liat dan kaca.
- Sebagai tapak pembinaan bagi kawasan perumahan, bangunan, dan kilang-kilang.
- Sebagai sumber untuk bekalan bahan api seperti petroleum, gas asli, dan arang batu.
- Sebagai sumber utama untuk pelbagai bahan-bahan kimia dan mineral.
- Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah , emas , dan besi. Logam-logam adalah bahan utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.
BENDA HIDUP/HIDUPAN
Kepentingan benda hidup kepada manusia
- Benda-benda hidup menyediakan makanan yang diperlukan bagi membekalkan tenaga untuk menjalankan kerja dan aktiviti harian, untuk menjaga kesihatan dan tumbesaran badan dan untuk pembiakan.
- Pakaian yang dihasilkan daripada benda-benda hidup diperlukan bagi memanaskan badan serta melindungi diri dari sejuk dan hujan.
- Bahan binaan dari benda-benda hidup diperlukan bagi membina rumah dan bangunan-bangunan untuk perlindungan daripada cuaca melampau, dan juga untuk membuat perabot, kraftangan dan kapal-
- Bahan api fosil merupakan bahan api yang terbentuk daripada proses-proses semula jadi seperti pereputan anaerobik hidupan mati yang tertanam.
- Usia hidupan itu dan bahan api fosil yang terbentuknya lazimnya sekitar jutaan tahun, yang paling lama melebihi 650 juta tahun.Bahan api fosil mengandungi kandungan karbon yang tinggi.
- Antara jenis bahan api fosil ialah arang, petroleum, dan gas asli.
- Bahan api digunakan untuk menjalankan jentera dan enjin kenderaan bagi membantu meringankan buruh manusia.
kesimpulannya ade tk??
ReplyDeleteonyoko
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete